独家
Impian Anak Bachok Mekar!
KWAP peruntuk RM1.13 juta melalui Sekolah Angkat MADANI untuk perkasakan pendidikan dan komuniti di 10 sekolah di Bachok.
新闻汇编来自
KWAP
最新更新于 2026-04-10
6
3
🎒 Pelaburan Masa Depan Pendidikan
Pelaburan pendidikan di Bachok kini melangkaui angka. Sejak 2025, KWAP memperuntukkan RM1.13 juta untuk program Sekolah Angkat MADANI, inisiatif yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti.
Lebih daripada nilai kewangan, ia menyokong masa depan pelajar, memperkasa guru, serta meningkatkan kesejahteraan pesara dan masyarakat, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
🏫 10 Sekolah Angkat Dipilih
Bagi menjayakan inisiatif di Bachok, 10 sekolah rendah membabitkan seramai 4,500 murid dan guru dipilih sebagai sekolah angkat. Sekolah yang terlibat ialah:
● Sekolah Kebangsaan (SK) Bachok
● SK Bekelam
● SK Gunong
● SK Kandis
● SK Keting
● SK Kubang Golok
● SK Kubang Telaga
● SK Kuchelong
● SK Pak Badol
● SK Sri Kemunting
💪 Digerakkan Berdasarkan Teras Utama Sekolah Angkat MADANI
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini digerakkan berdasarkan lima teras utama Sekolah Angkat MADANI yang digariskan kerajaan, iaitu:
● Kecemerlangan pendidikan
● Pembabitan komuniti
● Pembangunan infrastruktur
● Kesejahteraan murid
● Pembangunan kapasiti guru
Pelaksanaannya turut mendapat sokongan penuh Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok.
💻 Pembangunan Infrastruktur Sekolah
Pada peringkat sekolah, pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran. Antaranya termasuk menaik taraf:
● Bilik darjah
● Makmal komputer
● Perpustakaan
● Bilik mesyuarat guru
Persekitaran sekolah turut diberi penambahbaikan dengan:
● Pemasangan peralatan kelas pintar
● Lukisan mural yang menceriakan suasana pembelajaran
● Penyediaan bahan pembelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Dalam masa sama, murid juga digalakkan mengamalkan gaya hidup aktif melalui penyediaan peralatan sukan. Langkah ini bertujuan memastikan pembangunan murid tidak hanya tertumpu kepada akademik, tetapi turut merangkumi kesejahteraan fizikal dan emosi.
Bagi meningkatkan keselesaan pembelajaran, sebanyak 30 televisyen pintar dan 40 pendingin hawa disalurkan ke sekolah terlibat. Kemudahan ini membantu guru menyampaikan pengajaran secara lebih interaktif di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, khususnya ketika cuaca panas.
🎒 Bantuan Keperluan Asas
Selain infrastruktur, perhatian turut diberikan kepada keperluan asas murid. Bagi membantu keluarga membuat persiapan persekolahan, KWAP telah mengagihkan:
● 2,000 pek kelengkapan persekolahan
● 250 baucar pakaian seragam sekolah
Bantuan ini memberi sokongan kepada ibu bapa, khususnya golongan berpendapatan rendah, dalam menyediakan keperluan anak-anak agar mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersemangat.
Keprihatinan itu tidak terhenti di pagar sekolah, malah menerusi program MyPesara Prihatin, sebanyak 700 pek barangan keperluan asas diagihkan kepada pesara serta keluarga daripada kumpulan B40 di kawasan berkenaan. Pendekatan itu mencerminkan usaha menghubungkan generasi dengan menghargai jasa pesara sambil membina harapan baharu buat generasi muda.
🤝 Sokongan Perkembangan Murid & Komuniti
Dalam masa sama, pelbagai aktiviti turut dianjurkan bagi menyokong perkembangan murid dan komuniti. Ia termasuk:
● Sesi motivasi
● Program sokongan akademik
● Sesi libat urus bersama ibu bapa dan komuniti setempat
Pendekatan menyeluruh ini menekankan konsep seluruh komuniti sebagai rakan pendidikan, sejajar dengan semangat Sekolah Angkat MADANI.
Pembangunan profesional guru juga tidak diketepikan, melalui kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai latihan peningkatan kemahiran dan pembangunan kerjaya disediakan. Ia bagi membantu guru memperkukuh pendekatan pengajaran serta menyesuaikan diri dengan keperluan pendidikan masa kini.
Pelaksanaan program di peringkat sekolah turut disokong oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berperanan menyelaras aktiviti serta menjadi penghubung antara ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti.
🥰 Bukan Sekadar Projek CSR
Lebih bermakna, hampir 100 kakitangan KWAP turut menyumbang masa dan kepakaran secara sukarela dalam pelbagai aktiviti berkaitan program ini. Pembabitan itu mencerminkan semangat kesukarelawanan yang tulus dalam kalangan warga organisasi tersebut.
Secara keseluruhannya, inisiatif itu bukan sekadar projek CSR semata-mata, ia adalah manifestasi tanggungjawab sosial yang meletakkan pendidikan sebagai wadah perubahan dan pembangunan masyarakat. Di Bachok, jelas bahawa peruntukan ini, bersama segala usaha yang dicurahkan, kini menjadi benih harapan, menyemai keyakinan, menyuburkan potensi serta membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah.
📌 Mengenai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP merupakan pengurus dana persaraan bagi sektor awam di Malaysia. KWAP komited dalam menjana pulangan pelaburan yang mampan untuk menyokong pembiayaan liabiliti pencen kerajaan, di samping memacu kesejahteraan masyarakat dan kelestarian ekonomi negara.
News Stack ini dibawakan kepada anda oleh KWAP. Untuk maklumat lanjut, ikuti mereka di media sosial atau layari laman web rasmi mereka.
暂无留言
✨
你是第一个来这里的!
请友善对待并确保遵守 社区守则
下载应用程序即可参与!
更多新闻汇编
趋势新闻
正在加载。。。
暂无留言
✨
你是第一个来这里的!
请友善对待并确保遵守 社区守则
下载应用程序即可参与!